Ahad, 21 Ogos 2011

Perempuan....



Kaum feminin cakap susah jadi wanita, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.

Keluhan isteri A:
 Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.

Keluhan
remaja perempuan B:
Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!

Keluhan isteri B:
Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!

Keluhan isteri C:
Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?

Keluhan remaja perempuan C:
Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?.
                                                                      
Keluhan isteri D:
Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?


Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, Ah, mujur aku ni lelaki! Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A
Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya.Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata! Lelaki beriman bertanya:Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata; MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki! Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian. Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Firman Allah (S.W.T) Dalam Surah Al-Baqarah Ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami.Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".
:

Keluhan remaja perempuan A:

Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Tinggal Kenangan...

Salam you all,

Harini masuk hari 19 Ramadhan dah.Cepat sangat masa berlalu rasanya.Dua hari yang lepas saya telah kehilangan seorang rakan saya di Continental ,tempat saya pernah bekerja dulu. Buat pengetahuan you all saya pernah bekerja di Continental sebelum saya bertukar kerja sekarang nie.

Nama timangan arwah sahabat saya tu ialah Bob. Saya kenal Bob melalui kawan saya Joe yang sama masuk kerja dengan saya di Continental dulu. Joe & Bob bertugas sebagai Engineer di Continental dan saya di bahagian office.

Dalam tempoh 2 tahun saya di Continental, saya berkawan baik dengan Joe, Bob, Fizu & Sharul,kira best friends betul masa nie. Hari-hari saya di Continental selalu dengan diorang walaupun saya berlainan tempat dengan diorang. Saya pun tak tau macam mane saya bole rapat dengan diorang kan sebab saya duduk kat office diorang sebagai Engineer of course la duduk jauh,maksudnya bangunan lain. Mungkin,sebab satu kepala and benda yang sama kitaorang suke sama2 membuatkan kiteorang rapat.

Saya nie dulu masa kerja kat Continental gaji sikit,so hanya mampu pakai motosikal jer ulang-alik dari rumah sepupu saya yang saya sewa ke office saya.berhujan berpanas la saya setiap hari.walaupun,saya rasa hidup saya susah tapi saya rasa happy time tu sebab saya ada kawan2 yang satu kepala dengan saya.

Hampir hari-hari saya akan lunch dengan Joe,Fizu,Bob and Sharul.Jarang saya makan dengan officemate saya sendiri.Makan dengan diorang bole gelak2 and takde la nak tension sebab diorang kepala gile2 and keadaan macam tu buat saya happy and tak stress.Saya selalu tumpang diorang kalo keluar makan di sekitar PJ.Naik kereta 5 orang memang sempit sebab diorang besar2 kecuali saya and Sharul yang agak comel.

Kiteorang selalu karaoke and main futsal sama2 malam minggu.kalau tak silap saya at least sebulan sekali mesti pegi karaoke and main futsal dengan diorang..Masa karaoke dulu saya suke nyanyi lagu kumpulan Ukays & Spring.Arwah Bob selalu panggil saya Ameng Spring sebab saya suka sangat nyanyi lagu Spring.Ada 1 lagu Kumpulan Spring yang selalu arwah Bob nyanyi yang membuatkan saya pon syok lagu tu,tapi saya tak ingat tajuk lagu tu...Itulah antara kenangan-kenangan saya dengan arwah Bob yang saya takkan lupakan.

Saya dapat berita arwah Bob meninggal pada hari semalam melalui FB kawan-kawan yang lain di Continental.Saya sangat terkejut sebab saya plan memag nak pegi Continental lepas raya nie nak jumpe semua kawan2 lama saya untuk menjemput majlis saya nanti.tapi nampaknya saya takde rezeki nak jumpe arwah Bob.Allah lebih menyayangi arwah.semoga rohmu sentiasa dirahmati Allah.

Sudah janji-Nya,kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan setiap ketentuan-Nya,kerana setiap yang hidup pasti akan mati bila tiba masa dan ketika.

Al-Fatihah.....

Sahabatmu,

-Hezri-

Rabu, 17 Ogos 2011

Bahaso Nogori

Salam you all,

Tadi saya baru dapat 'tag' dari kawan saya di FB tentang tatabahasa @ vocab orang N9. Sebab saya adalah orang N9 so,automatiknya saya menjadi duta untuk memperkenalkan bahaso nogori nie.So,cikidaut...

Angek- Panas
Angka- Suhu badan seperti hendak demam
Baeh- Baling Bajau- Tidak tinggal setempat
Baju prat- t-shirt
Becompogho- Mandi dengan suka ria
Bedobau- Bunyi jatuh dalam air
Beggar- Degil yang amat sangat
Begolek- Kenduri kahwin besar-besaran
Bejooh- Buat kerja ramai-ramai dengan suka ria
Bejoman- Menunggu untuk tempoh yang lama
Bekelelong- Sakit yang amat sangat
Bekuak- Mengarahkan orang supaya ke tepi
Belengkar- Tidur merata-rata
Belolah- Berkejar Betandak- Berjoget
Beweh- Jambu batu
Biak- locah Lopak air
Bincau- Kecoh sambil marah
Bincut- Bengkak kecil
Binga- Pekak
Bintat- Bekas gigitan serangga
Bobok- Menekan atau memasukkan dalam air (orang)
Boda- Pukul
Boko- Bekalan menyembah (bagi org baru kahwin)
Boleng- Tidak memakai baju
Bolo- Membersihkan haiwan selepas disembelih
Bonda- Parit, tali air
Bongka- Bangun
Bungkeh- Tercabut
Bungko- Bodoh
Cangap- Cabang pada hujung galah
Capar- Selipar
Cekadak- Ragam
Celait- Lampu suluh
Cemat- Rotan
Cembeng- Seperti nak menangis
Ceme- Bintil pada mata / sebelah mata jadi kecil
Ceneke- Menipu
Cengkot- Menahan sejuk
Cengkuit- Pengikut
Cibir- Menjelir lidah
Cogheng- Comot
Coghoh- Lumat
Cokau- Tangkap
Cucut- Sedut
Dengket- Cetek
Dengkot- Terhincut-hincut
Eden, ese- Saya
Eleh- Manja
Entaher- Mengiyakan sesuatu
Gaduh- Risau
Gaha- Sental
Gahai- Rosak
Gewai- Hayun
Ghembat- Bergaduh / baling sesuatu ke dinding
Ghobeh- Hujan renyai-renyai
Ghoman- Raut wajah
Godang- Besar
Godek- Kacau air
Gombeh- Mengada-ngada yang keterlaluan
Gombong- Sakit perut kerana masuk angin
Gonyam- Gatal
Hobin- Bantai, hentam
Hongeh, mongah- Penat
Jingang, tebeleghan- Hairan, terpinga-pinga
Jobo- Berlagak
Joghan- Serik
Joghih- Kerja yang sia-sia
Jokin- Teramat yakin
Jongkeh- Ketawa bagai nak rak / terkena kejutan elektrik
Kainsal- Tuala
Kame- Bancuh, uli
Kawan- Suami / isteri
Kecoloan- Terlampau malu
Kelayak- Diterbangkan angin
Kememe, benye- Mudah menangis
Ketulahan- Badi
Kilit- Kelecek bola
Kobok- Ambil sesuatu di tempat yang dalam tanpa melihat
Komeh- Menghabiskan nasi atau lauk
Kontong- Jari pendek / tiada jari
Kopai- Beg
Kopam- Hitam, kotor Koting- Betis
Kudap, meghosit- Makan
Kuti- Cubit
Laghah- Buruk
Lecok- Coret
Lelan- Leka
Leweh- Lemah
Lobong, gompong- Berlubang
Locun- Basah kuyup
Locut- Baling
Logar- Menghantukkan sesuatu ke tahap kritikal
Logat- Menangis tak henti-henti
Logeh- Hantuk
Longot -Amat hitam, kotor
Losang- Sengat
Lotong- Kotor
Lueh- Muntah / besar
Lukuih- Basah dek peluh
Lunggah- Langgar
Lutap- Luku
Mada- Sial / bodoh
Melahu- Merayau
Melampuh- Terlampau banyak
Melancur- Cirit-birit
Melangok- Melepak
Melansit, membuto- Tidur
Melesa -Kain yang labuh hingga cecah lantai
Membese -Kencing
Mempulun- Jatuh
Mencalat, membughan- Buang air besar
Mencamek- Benci sabgat
Menceghabih- Cakap tanpa henti / merepek
Mencieh-cieh- Titisan peluh yang mengalir
Mencokik- Makan banyak
Mencolongo- Harum
Mencucut- Menyedut
Mendahagi- Susah untuk diajak membuat sesuatu
Mendosup, mencanak- Lari lintang pukang
Menebeng- Duduk di tepi tembok
Meneneng- Sakit, berdenyut
Mengelintau- Mencari sesuatu dengan perasaan cemas
Mengese, mengendeng- Mengasak
Mengicak- Meminta-minta
Mengoca- Menangkap ikan
Mengonye- Mengunyah sesuatu
Mengumba- Patah balik
Menguncah- Mengacau
Menonoi- Bernanah dan amat sakit
Menonong- Berjalan pantas tanpa toleh kiri kanan
Mentedaghah- Makan yang tiada batasannya
Mentegheh- Perut haiwan kekenyangan
Menteneng- Budak kekenyangan
Mentesok- Lusa
Menugheh- Tahu
Menyeleme- Menyelongkar
Menyopak- Makan berbunyi
Mogun- Termenung
Okap- Tamak
Oma- Buah yang hendak busuk
Ompuk- Kepunyaan / telah menjadi lembut
Ongap- Nafas
Ontok- Diam
Pait- Tak mahu
Pedulik ajab- Tidak mengambil endah lagi
Peloso- Pemalas
Pemongak- Penipu
Pencolek angek- Punca
Pengka- Kekok
Pengolan- Galah
Pikap- Cekap menangkap sesuatu perkara
Piuh- Pintal
Pocek- Komen
Poghak- Kebun kecil
Poghan- Para
Poghat- Bau yang amat kuat
Polak- Panas / jemu
Ponggit- Mengada-ngada
Ponggur- Bakar hingga rentung
Posok- Berlubang
Pugeh- Main hentam
Sede- Lalai
Selemo- Selsema
Selumak- Comot
Semonggah- Senonoh
Sempong- Tidak lurus
Senayan- Isnin
Senegheh- Senonoh
Sengkalan- Lesung batu
Sengkelet- Pukul
Sitap- Sepet
Sobu- Sakit perut, senak
Songeh- Ragam
Sosah- Pukul
Sotai- Kertas yang hampir hancur
Sugi- Sental
Taek- Sedap
Taghah- Toreh
Tang air- Sungai
Tebaghai- Berterabur
Tebelahak- Muntah
Tebok- Ditanduk kerbau
Tejeluek- Termuntah
Tekighap- Tumpah
Tenok- Tanduk
Tesunam- Tersungkur
Tibai- Pukul / curi
Tiruk- Terjun sungai
Tobek- Paya
Toghan- Meneran
Tolo- Tuala
Tongkar- Degil
Tungka- Pokok tumbang
Tungkun- Kayu untuk hidupkan api
Tuntung- Memasukkan air dalam bekas

credit to celapakIT.net

Selamat mengamalkan bahaso nogori...

Ahad, 14 Ogos 2011

Selamat Hari Isnin

Salam you'all,

Hari ini hari Isnin, 15/8/2011.sekian,terima kasih.hehehehe.

Actually,sudah agak lama saya tidak mencoret di blog yang terchenta ini disebabkan saya agak bz lately.Dah nak dekat raya ni banyak tanggungjawab dan komitmen rasmi dan peribadi yang perlu diselesaikan.

Harini dah masuk minggu kedua kita berpuasa.alhamdulillah ibadat puasa ok tahun nie,cuma solat terawikh tu tersangatlah pemalas lipas.harap2 2 minggu terakhir nie saya ada kekuatan untuk bersolat terawikh.

Persiapan raya tahun ni ala kadar jer bagi saya sebab ada 'big and special' event sebelum hujung tahun nie. Nanti saya cite kat you'all ape event tu,tapi saya rasa you'all bole teka da..huhuhuh..semoga semua berjalan lancar.amin.

Disertakan bersama gambar raya tahun lepas untuk naikkan 'mood' raya tahun nie.heheheh.









Isnin, 8 Ogos 2011

Me,Myself and I

Salam you all,

seperti yang dijanjikan dan di'promise'kan 4 hari yang lepas bersamaan hari Jumaat minggu lepas,saya akan citekan serba sedikit tentang diri saya setelah bertungkus lumus menghiaskan blog saya dengan wallpaper dan ads nuffnang.credit to CPM (Cik Puan Melly) saya kerana banyak tolong saya 'decor' blog terchenta ini.hehe.OK let's start about me:

nickname: hezri, ri, shoulse

age: PNC (age doesn't matter,muda lagi neh..hehehe)

location: N9

hometown: somewhere in N9

hobbies & interest: movie,sports and meals

family: just 3 siblings

Love's: got one and only...nnti I cite bebeh..

So, inilah serba sedikit cite yang boleh share dengan semua. Banyak benda saya nak share lagi,kite follow step by step macam baby mula nak merangkak sebab blog saya ni pon masih baby lagi,so lots of improvement, learning and idea to generate. wasalam.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Day 2

Salam you all...

Harini hari kedua saya ber'blogging'...masih terkial2 mencari ape yang patut di'edit'.Sebenarnya rasa teruja nak design & update blog saya lawo2.So, sekarang nie saya tengah study sikit2 tentang blog.Insyaallah bile saya dah puas hati tentang appearance blog saya nie,saya akan mula cari idea untuk tulis perihal-perihal yang menarik.Tak sabar nak cerita & share macam2 dengan semua...semoga lepas ni banyak idea & aktiviti saya..amin...

Wasalam..

Khamis, 4 Ogos 2011

new blogger....chewahhhhhh!!!!

as salam...salam ramadhan al-mubarak & salam 1 Malaysia....
tumpang lalu..saya blogger baru nak belajar...hopefully dapat share banyak cerita-cerita yang menarik dengan semua..huhuhuh...